Biografi Letsie III dari Lesotho

Baginda berpendidikan di United Kingdom di Kolej Ampleforth.[2] Baginda melanjutkan pelajarannya ke Universiti Kebangsaan Lesotho dan baginda menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Undang-Undang. Baginda kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Bristol (Diploma Pengajian Undang-undang Bahasa Inggeris, 1986), Kolej Wolfson, Cambridge (Pengajian Pembangunan, 1989), dan Kolej Wye (Ekonomi Pertanian). Baginda menamatkan pengajiannya pada tahun 1989, ketika baginda kembali ke Lesotho.[3]

Baginda telah ditabal sebagai Ketua Matsieng pada 16 Disember 1989.

Pemahkotaannya berlangsung pada 31 Oktober 1997 di Stadium Setsoto. Charles, Putera Wales juga menghadiri majlis tersebut.[4]

Pada 1 Disember 2016, di Rom, Raja Letsie III ditabal sebagai Duta Khas FAO terbaru untuk Pemakanan oleh Ketua Pengarah Organisasi, José Graziano da Silva.[5]

Rujukan

WikiPedia: Letsie III dari Lesotho http://members.iinet.net.au/~royalty/states/africa... http://www.coleccionesmilitares.com/cintas/africa/... http://elpais.com/diario/1997/11/01/agenda/8783388... http://www.tvcamaguey.icrt.cu/index.php?option=com... http://www.gov.ls/articles/2004/King_Birth_2004/ki... http://ls.china-embassy.org/eng/li/IP/t580793.htm http://www.fao.org/news/story/es/item/456262/icode... http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-13728326 http://www.constantinian.org.uk/king-of-lesotho-in...